Soo senang cerita syer ini memerintahlah dkat my second elder sis nih suh masak kuih keria...ceee waahhh memerintah tuh, mcm anok raje...
Soo dengan baik hati dyer lah masakkan..sdap jgak hasil nyeh biase lah, air tanggan cikgu kemahiran hidup, mestilah sdap...cikgu memasaklah katekn...hahahahah...
Soo yaya mkn sedap, yaya nk kongsi dengan semua resepi kuih keria yang yaya tengah mkn skrang nih...hihihihhh....
Nama : Kuih Keria
Kuantiti : cukup untuk 1 hidangan
Bahan-Bahan :
-500 gram keledek
-1 cawan tepung gandum
-1 cawan gula (kurang pown boleh, ikut kemahuan)
-garam secukup rasa
-1/2 cawan air
-minyak untuk mengoreng
Cara Memasak :
1- keledek dibuang kulit dan dipotong dadu atau kecil2
2- masukkan keledek yang dipotong tadi kemudian rebus sehingga lembut bersama garam secukup rasa dan sedikit gula.
3- bile keledek dah lembut, angkat dan toskan kedalam bakul sehingga sedikit sejat..
4- lecekkan keledek sehingga hancur lumat, dan kemudian gaulkan dengan tepung sedikit demi sedikit sehingga rata..
5- setelah rata kesemua doh, uli kan adunan menjadi bentuk gegelang..
6- gorengkan hingga kuning keemasan dan toskan
7- masakkan gula 1 cawan bersama air sehingga mendidih dan gula larut di dalam air..kemudian tutup api dan gaulkan kuih tadi kedalam gula yang mendidih tadi sehingga gula mule keras dan melekat ke seluruh kuih..
8- setelah rata kesemua gula pada kuih, bolehlah anda hidangkan untuk makan bersam seisi keluarga...
Thanks for reading...
#gambar kuih keria sedang digaul dalam air gula yang sedang mendidih
#kuih yang digaul dlam air gula sampai kering
Sedia untuk dihidangkan
Sedia untuk dimakan hahahahaha...
No comments:
Post a Comment